• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuih ‘Kuba Guling’ Turut Popular Di Selatan Thailand

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YALA – Kuih “kuba guling” atau “kerbau guling” yang begitu popular di Rantau Panjang, Kelantan sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang dan mendapatkan nombor giliran turut diminati ramai di wilayah selatan Thailand.

Kuih terbabit sebenarnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Islam di selatan Thailand yang turut memanggilnya “kuba guling” atau dalam bahasa Thailand “Khanom-Piak-Poon”.

“Sambutan sememangnya amat luar biasa dengan tempahan diterima mencecah 5,000 biji sehari pada harga 20 baht (RM1.20) satu biji,” kata pemilik Kedai De Mango, Nur Aini Samopap yang turut menjual kuih itu kepada pemberita di sini.

Pelanggannya bukan sahaja dari wilayah Yala tetapi juga dari Pattani dan Narathiwat dan mereka katanya sanggup menghabiskan masa yang lama beratur untuk mendapatkan kuih itu.

Menurutnya, ramuan utama kuih yang memiliki nama yang agak pelik itu terdiri daripada tepung gandum, gula, gula melaka dan air kelapa manakala warna hitam kuih pula disebabkan oleh serbuk arang.

Seorang pelanggan kedai terbabit, Suriani Siba berkata dia sanggup beratur panjang untuk membeli kuih itu selepas terpengaruh dengan populariti kuih berkenaan dalam media sosial dan memutuskan untuk merasainya sendiri. – BERNAMA

Tags: kerbau gulingkuih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Karipap Inti ‘Oksigen’, Apam Balik Kosong

18/12/2017
0

‘KUIH karipap inti oksigen!'... Pasti ramai pernah terbaca dan masih ingat kisah seorang pembeli berkongsi dalam media sosial mengenai kuih...

Peniaga Raih Pulangan Lumayan Jual Kuih Putu Halba

06/12/2016
0

KOTA BHARU - Seiring dengan ketibaan musim tengkujuh di Kelantan, peniaga kuih putu halba, sejenis kuih tradisional diperbuat daripada ubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd