• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duterte Sedia Undur Jika Wanita Bantah Ciumannya

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mempertahankan tindakannya mencium seorang wanita yang sudah berumah tangga di Korea Selatan dan bersedia melepaskan jawatan sekiranya ramai wanita yang tersinggung memfailkan petisyen supaya dia berundur.

Duterte menyifatkan ciuman itu sebagai hiburan semata-mata yang bertujuan menghiburkan kumpulan ekspatriat Filipina dalam sebuah majlis di Hotel dan Pusat Konvensyen Grand Hilton pada Ahad.

“Jika cukup ramai wanita yang…saya rasa kalau semua wanita di sini menandatangani petisyen supaya saya melepaskan jawatan, saya akan berundur,” ujar Duterte kepada media pada Selasa malam sekembalinya dari lawatan rasmi ke negara itu.

Terdahulu, warga maya dikejutkan dengan penularan foto dan video Duterte mencium seorang wanita di atas pentas sebagai pertukaran selepas wanita itu menerima buku yang diberikan olehnya.

Menurut Duterte, mencium wanita adalah gayanya sewaktu dia menjadi Datuk Bandar di Danvao City selama 22 tahun.

“Sewaktu berkempen ketika menjadi Datuk Bandar, saya mencium setiap wanita di sana. Mulut ke mulut.

“Masalahnya anda tidak kenal saya,” ujar presiden berusia 73 tahun itu.

Dia sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan kaum wanita termasuklah membuat lawak mengenai rogol secara terbuka.

Penganjur hak wanita di Filipina baru-baru ini turut melancarkan kempen atas talian #BabaeAko (Saya Seorang Wanita) bagi menyampaikan mesej bahawa mereka menentang kenyataan berbaur seksis oleh Duterte.

Presiden penasihat undang-undang, Salvador Panelo pada Rabu menyifatkan ciuman Duterte menunjukkan kasih sayang, karakter kebapaan dan wanita itu kelihatan menikmati saat dia dicium.

“Dia melakukannya dengan rela dan teruja, dia kelihatan gembira,” ujarnya kepada saluran berita ANC.

Sementara itu, wanita yang dicium Duterte menyifatkan tindakan itu tidak berniat jahat.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Isnin, Bea Kim yang bekerja di Korea Selatan selama tujuh tahun mengaku gembira dapat bertemu dengan presiden.

“Saya tak dapat menerangkannya. Saya macam gugup, takut, teruja, bersyukur. Saya gembira kerana ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup, bukan? Malah di Filipina pun, dah lama tak tengok presiden dengan begitu dekat.

“Sumpah, bagi saya dan Presiden Duterte, itu tidak bermaksud apa-apa,” ujar Kim menerusi video Philippine News Agency (PNA). – mStar Online

Tags: ciumanRodrigo Duterte
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Sultan Johor Terima Darjah Kebesaran Daripada Presiden Filipina

11/07/2019
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menerima Darjah Kebesaran (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd