• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV Target 20 Juta Tontonan Muzik Video ‘Lavida Raya’

oleh
06/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida mengakui terkejut apabila single rayanya bertajuk ‘Lavida Raya’ mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat.

Malah memetik sumber, Vida mengakui teruja apabila single keduanya itu berjaya menjadi trending nombor satu menerusi laman YouTube Malaysia.

Sejak dimuat naik di YouTube pada Jumaat lalu, lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi Cat Farish dan lirik ditulis Mohd Hilmi itu sudah mencecah jumlah tontonan lebih setengah juta.

Hasmiza berkata, beliau sama sekali tidak menyangka peminat menerima single tersebut dengan baik dan mudah mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

“Saya fikir sudah terlalu banyak lambakan lagu raya bernada sedih. Jadi, untuk menceriakan suasana raya orang ramai, mengapa tidak saya muncul dengan lagu raya rancak seperti ini.

“Memang ramai yang memberi respon lagu raya ini sesuai dijadikan lagu tema Piala Dunia FIFA 2018.

“Sengaja rentaknya dibikin sebegitu untuk memanaskan bahang penganjuran sukan nombor satu dunia itu yang akan berlangsung pada musim raya,” katanya dipetik sebuah portal online tempatan.

Baca: ‘Lavida Raya’, Single Terbaharu Hari Raya Vida

Ketika ditanya mengenai pengharapan beliau terhadap single berkenaan, Vida menyasarkan target untuk memecahkan rekod single pertamanya sebelum ini, I Am Me yang mendapat jumlah tontonan 11 juta.

“Saya target 20 juta. Harapnya selepas raya nanti jumlah tontonan di YouTube semakin meningkat berlipat kali ganda.

“Ramai juga yang tanya mengapa anak saya Cik B tak rap dalam lagu ini memandangkan dia memang suka ‘rapping’. Tunggu nanti projek selepas ini akan ada kejutan untuk semua,” ujar Vida. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri VidaDSV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd