• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Piala Dunia Mexico Buat Hal Lagi

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Anggota skuad bola sepak kebangsaan Mexico mengadakan parti perpisahan bersama kira-kira 30 pelacur sebelum pasukan itu menuju ke Eropah menjelang Piala Dunia, lapor media tempatan hari ini.

Menurut majalah gosip TVNotas, sembilan anggota skuad Mexico ke Piala Dunia berparti dengan puluhan wanita pengiring di sebuah kawasan persendirian di Mexico City susulan kemenangan 1-0 ke atas Scotland di Stadium Aztec.

Majalah itu memaparkan gambar pemain yang dikaburkan, tiba di parti itu di bawah tajuk ‘Perpisahan sebenar Tri!’.

Bagaimanapun pegawai pasukan Mexico menyatakan mereka yang terbabit tidak akan dikenakan tindakan kerana menyertai parti itu pada hari cuti pasukan.

Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Mexico, Guillermo Cantu berkata, pemain itu tidak akan dikenakan tindakan kerana ‘mereka bukannya tidak menyertai latihan’.

“Hari cuti adalah hari cuti dan itulah risiko akan berlaku jika diberi kebebasan,” Cantu dilaporkan sebagai berkata.

Antara pemain yang hadir adalah penjaga gol Guillermo Ochoa dan penyerang Benfica, Raul Jimenez.

Dua pemain adik-beradik dari Los Angeles Galaxy, Jonathan dan Giovani dos Santos turut hadir, begitu juga dengan pertahanan Carlos Salcedo dan pemain tengah Marco Fabian, kedua-duanya beraksi buat Eintracht Frankfurt di Jerman.

Skuad Mexico kini berada di Copenhagen yang mana mereka bersiap sedia untuk perlawanan persahabatan menentang Denmark Sabtu ini sebelum berlepas ke Russia.

Kontroversi itu bagaikan mengulangi skandal sama yang membelenggu pasukan itu sejak beberapa tahun kebelakangan.

Pada 2010 pemain Mexico berparti dengan wanita selepas perlawanan di Monterrey. Susulan itu semua yang terbabit didenda manakala pertahanan Efrain Juarez dan penyerang Carlos Vela digantung daripada pemilihan pasukan selama enam bulan.

Pada Jun 2011, tidak lama sebelum kunjungan ke Argentina untuk menyertai Copa America, pemain Mexico melanggan pelacur di sebuah hotel di Quito, Ecuador. Mereka didenda dan digantung daripada pasukan kebangsaan selama setengah tahun. – AFP

Tags: Pelacurpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd