• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Zionis Kata Tidak Sengaja Tertembak Razan

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan jururawat Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.

Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najar, 21, sukarelawan perubatan, ketika beliau berlari ke arah pagar sempadan di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.

Tentera rejim berkata, pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.

“Siasatan awal berhubung kejadian itu sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya,” menurut sebahagian kenyataan ringkas dikeluarkan tentera Israel.

Siasatan diteruskan, menurut kenyataan, dan hasilnya akan diteliti komander kanan dan diserahkan kepada pendakwa raya tentera untuk pertimbangan.

Ribuan menghadiri majlis pengebumian al-Najr di Gaza Sabtu lalu, termasuk sebahagian yang pernah dirawatnya ketika cedera pada bantahan sebelum itu.

Pasukan perubatan Gaza berkata, tentera Israel membunuh 120 penduduk Palestin ketika bantahan setiap Jumaat dilancarkan pada 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza. – Reuters/myMetro Online

Tags: RazanZionis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Tak Serik Edar Ketum Ditangkap Kali Kedua

Tentera Zionis Bogelkan, Pukul Penduduk Palestin Di Utara Gaza

08/12/2023
0

GENEVA: Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med mendedahkan tentera Zionis Israel menahan dan mendera puluhan orang awam Palestin di utara Gaza....

Taikun Tekstil Didakwa Bersubahat Cederakan Bekas Hakim

‘Israel Pembohong, Hamas Tak Pernah Guna Hospital Al-Shifa Sebagai Pangkalan’

17/11/2023
0

GAZA: Tentera Israel meningkatkan serbuan di Hospital Al-Shifa di Gaza City untuk mengesan pejuang Hamas yang didakwa bersembunyi di pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd