• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulfarhan Mengadu Dipukul, Dituduh Curi ‘Laptop’

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Teman wanita kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya tahun lepas, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mangsa pernah mengadu yang dia kesakitan kerana dipukul oleh rakan-rakannya.

Nurul Syuhada Md Jamean, 22, penuntut tahun akhir UPNM jurusan Sumber Manusia, berkata Zulfarhan Osman juga memberitahunya melalui panggilan telefon yang dia dituduh mencuri komputer riba milik tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal.

“Dia (Zulfarhan Osman) kata dia sakit. Dia nak beritahu sesuatu, dia kata jangan beritahu orang lain…dia beritahu kena pukul. Dia dituduh curi ‘laptop’. Saya tanya betul ke dia (Zulfarhan Osman) ambil laptop itu, dia kata bukan dia curi, tapi kawan-kawan kata dia mencuri,” katanya dan menambah bahawa Zulfarhan Osman tidak memberitahu di mana dan bila kejadian pukul itu berlaku.

Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraan hari kesembilan kes itu di sini, hari ini.

Nurul Syuhada berkata dia bertanyakan Zulfarhan Osman siapa yang memukulnya dan mangsa memberitahunya “ramai” namun tidak menyebut nama individu tersebut.

Saksi itu berkata Zulfarhan Osman juga mencari seseorang yang boleh membantunya mencari komputer riba itu dan ada meminta pertolongannya untuk memberitahu perkara itu kepada ibu Nurul Syuhada.

“Pada mulanya saya tak beritahu terus pada mak saya sebab saya tak rasa mak boleh tolong, tapi bila saya fikir mungkin dengan cara ni (beritahu mak) saya boleh tolong dia (Zulfarhan Osman), jadi saya hubungi mak saya,” katanya.

Nurul Syuhada berkata ibunya bagaimanapun bertanya mengapa tidak membuat laporan kehilangan komputer riba itu kepada pihak atasan lalu dia memberitahu Zulfarhan Osman memintanya supaya tidak memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa Zulfarhan Osman.

Selain itu, Nurul Syuhada berkata beberapa hari selepas panggilan itu, dia ada berjumpa dengan Zulfarhan Osman di dalam sebuah kereta di hadapan Blok Tuah, UPNM selepas maghrib pada 26 Mei 2017 dan ketika itu tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, dan tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat, juga berada di situ.

Saksi itu berkata, pada pertemuan terakhir sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun, teman lelakinya itu memakai baju T berwarna putih dan kain pelikat dengan kedua-dua tangan mangsa kelihatan bengkak.

Menurutnya dia ada bertanya kepada Zulfarhan Osman sama ada keadaannya ‘okay’ dan Zulfarhan Osman berkata dia hanya mengalami lebam dan akan berehat.

Zulfarhan Osman turut memberitahunya dia tidak akan pulang ke kampungnya di Johor Baharu pada cuti UPNM selama tiga hari bermula 27 Mei 2017 kerana akan mengikut rakan-rakannya namun tidak pasti ke mana selain berpesan kepada saksi itu supaya menjaga diri.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Jun ini. — BERNAMA

Tags: Zulfarhan Osman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar UPNM Bersalah Kes Bunuh Zulfarhan

02/11/2021
0

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan...

Bunuh Zulfarhan: Nasib 18 Penuntut UPNM Diketahui Esok

02/11/2021
0

18 penuntut universiti yang gagal menahan marah dan walaupun terpelajar serta bijak, percaya cakap seorang bomoh. Bertindak menyiksa mangsa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd