• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Peguam Najib Tarik Diri Secara Baik

oleh AK-47
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pendakwa Raya Kanan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguam M Puravalen membuat keputusan menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Puravalen ketika dihubungi pemberita, hari ini berkata, beliau dan Mohd Yusof memutuskan untuk menarik diri daripada pasukan peguam Najib secara baik.

“Kami menamatkan hubungan profesional ini melalui persetujuan bersama, bagaimanapun kedua pihak meneruskan hubungan baik,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof mengesahkan berhubung penarikan diri daripada mewakili Najib yang sedang disiasat berhubung kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Yusof adalah bekas Peguam Cara Negara II.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dua kali merekod keterangan Najib pada 22 dan 24 Mei lalu bagi membantu siasatan ke atas SRC International.

SRC International adalah anak syarikat 1MDB sehinggalah ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Najib sebelum ini diwakili peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan yang menarik diri pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan K Kumaraendran. – BH Online

Tags: Peguamtarik diri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd