• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aeril Zafrel Hadiah Kereta Mewah Untuk Isteri

oleh
05/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON popular, Aeril Zafrel membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai berharga RM250,000.

Aeril berkata, hadiah itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada Wawa kerana menjadi isteri dan ibu yang terbaik kepada dua anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan limpahan rezeki diberikan. Saya beritahu Wawa mengenai perkara ini dan minta dia pilih sendiri jenis kereta yang disukai.

“Lagi pula, kereta ini dia yang gunakan jadi memang kena ikut cita rasanya. Kalau saya main beli saja, nanti dia tidak suka pula. Merugikan dan membazir saja.

“Saya juga beli nombor kereta khas untuknya. Namun, hadiah ini masih tidak dapat balas segala jasa dan pengorbanan diberikan untuk saya, rumah tangga dan anak,” katanya dipetik Harian Metro.

Jelas pemilik nama sebenar Suhairil Sunari itu lagi, dia memilih kereta kerana ia jauh lebih berguna daripada barang lain dan pada masa sama turut menepis sangkaan orang ramai kononnya dirinya menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.

“Saya tidak pasti jika ada beranggapan sedemikian. Namun, saya okey dan tidak mahu ambil peduli. Asalkan saya tidak mengganggu hidup mereka.

“Cuma, ingin dijelaskan saya bukan jenis sebegitu. Kalau perasan, selama ini mana pernah saya buat semua ini.

“Perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada lelaki lain cara bagaimana untuk menghargai pasangan mereka,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Aeril ZafrelWawa Zainal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi Foto Bogel Bagi Menafikan Dirinya

18/09/2018
0

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen. Segelintir mereka berpendapat perkara...

Bukan Sengaja Nak Tayang Bahagia – Aeril Zafrel

09/08/2018
0

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di laman sosial Instagram adalah sekadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd