• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Wanita Arab Saudi Perintis Boleh Memandu

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sepuluh wanita pertama Arab Saudi menukar lesen antarabangsa untuk mendapatkan lesen tempatan di beberapa bandar raya termasuk ibu kota negara itu, ketika ia bersedia menamatkan larangan itu pada 24 Jun ini.

Ia susulan tindakan Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu pertamanya semalam kepada wanita dalam masa beberapa dekad, kata pihak berkuasa, beberapa minggu sebelum penamatan larangan bersejarah ke atas pemandu wanita.

Langkah itu, yang menyusul tindakan kerajaan ke atas aktivis wanita, adalah sebahagian usaha liberalisasi yang diberi publisiti meluas dilancarkan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, bagi memodenkan negara berkenaan.

“Sepuluh wanita Arab Saudi mencipta sejarah semalam apabila mereka diberikan lesen memandu.

“Dijangkakan minggu depan, 2,000 lagi wanita akan mendapatkan lesen memandu di Arab Saudi,” kata Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan, pertukaran dibuat selepas pemohon wanita menjalani ujian praktikal tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Impian menjadi nyata apabila saya boleh memandu di negara ini,” seorang daripada wanita yang mendapat lesen itu, Rema Jawdat, dipetik sebagai berkata oleh CIC. – AFP/myMetro Online

Tags: Arab SaudiLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd