BEKAS penyanyi duo Too Phat, Malique Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangannya, Joe Flizzow di atas kejayaannya mengondol kejuaraan Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Apa Khabar nyanyian bersama Sonaone.
Menurut laman rasmi syarikatnya, Qarma Musiq, Malique yang sekian lama menyepikan diri daripada industri seni mengeluarkan satu kenyataan menjawab ringkas beberapa isu yang berkait secara langsung dengan dirinya.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow di atas kemenangan di AJL baru-baru ini. Walaupun saya gembira untuk dia, saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menyokong pembabitan saya dalam lagu Apa Khabar.
“Buat masa ini, saya tidak mempunyai sebarangan perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat atau menjawab mana-mana lagu yang dianggap berkaitan dengan saya,” tulisnya.
Selain itu, Malique turut menafikan dia mempunyai akaun Twitter dengan tweethandle @MaliQueChill seperti yang dihebohkan. -MYNEWSHUB.CC

