• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Batal 10 Projek Bernilai RM1 Bilion

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan 10 projek bernilai RM1 bilion, kata Datuk Bandar, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

“DBKL mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan projek, termasuk jalan raya dan ruang meletak kenderaan, dan akan membatalkan projek kelab sukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Menara Ilham, di sini, hari ini.

Katanya, sebahagian daripada projek itu masih dalam proses tender sementara sebahagian lagi belum dikeluarkan tender.

Beliau menjelaskan bahawa, keputusan itu diambil oleh pengurusan kanan DBKL dan kehadirannya pada mesyuarat CEP adalah untuk memberikan laporan mengenai keputusan itu.

“Pertama sekali, keputusan itu (pembatalan projek) dibuat berikutan peruntukan daripada bajet yang kita ada di tangan… kita sudah semak semula (projek berkenaan) kerana kita mahu mengurangkan perbelanjaan DBKL,” katanya.

Sebelum ini, DBKL memberhentikan sementara proses pemberian kelulusan kepada kesemua projek yang dicadangkan, begitu juga membatalkan projek mengecat semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) bernilai RM180 juta. — BERNAMA

Tags: DBKL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd