• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Temui Pemimpin MIC, Setuju Pemilihan Semula Parti Diadakan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pemimpin MIC hari ini bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua pemimpin MIC dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Perdana menteri dalam satu kenyataan berkata beliau telah bertemu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Presiden Datuk Seri S. Subramaniam bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Keputusan ini akan dimaklumkan oleh parti MIC kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tindakan sewajarnya boleh diambil untuk melaksanakan pemilihan semula parti MIC,” katanya.

Beliau berkata butir-butir pemilihan semula parti akan diumumkan selepas surat daripada ROS diterima oleh parti berkenaan.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas ROS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd