• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrir Samad Disaman RM100 Juta Isu Tanah Felda

oleh AK-47
04/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn. Bhd. memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana memfitnah mereka berhubung projek membabitkan tanah Felda.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Reza Rahim dan Rajivan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Kuala Lumpur dengan menamakan bekas Pengerusi Felda itu sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan ada mengeluarkan kenyataan memfitnah mereka pada Disember 2017 sehingga Mac 2018.

Kenyataan itu didakwa menyebabkan imej dan reputasi mereka tercemar serta menyebabkan plaintif kehilangan kontrak dan projek.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu disiarkan di beberapa media massa dan media sosial.

Sehubungan itu, plaintif menuntut perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan itu.

Selain itu, mereka menuntut defendan mengemukakan kenyataan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui plaintif dan disiarkan dalam lima akhbar nasional.

Selain ganti rugi RM100 juta, plaintif juga memohon ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang sesuai.

Hadir bagi pihak Synergy, Pengarah Urusan dan pembangunan, Datuk Marina Hashim. – myMetro Onlime

Tags: Saman FitnahTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd