• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Pertelingkahan Babit Perkauman – PM

oleh AK-47
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu sebarang pertelingkahan yang boleh membawa kepada masalah membabitkan perkauman berkaitan isu harga barang tidak dipanjangkan.

Bagaimanapun, beliau meminta peniaga lebih bertanggungjawab dalam menetapkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak.

“Sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

“Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut,” kata beliau.

Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada Rabu berkata, teguran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

BACA JUGA – Kes Terima Ugutan: Ismail Sabri Serahkan Kepada Pihak Polis

“Kabinet telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.

“Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” kata Najib.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Ismail Sabri, pada Ahad lepas telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan pengguna Melayu melakukan boikot ke atas para peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang biarpun harga minyak sudah diturunkan.

Kenyataannya itu menyebabkan beberapa pihak melenting dan menganggap ia berbaur rasis.

https://www.youtube.com/watch?v=JDHgCY95HqY

Seramai 92 Ketua-Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ismail Sabri berhubung isu itu, pada Rabu.

-MYNEWSHUB.CC

Tags: Harga Barangharga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd