• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singapura Ucap Takziah Kepada Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar atas kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah pada Jumaat.

“Enche’ Besar Khalsom sangat dikasihi rakyat jelata negeri Johor. Baginda terkenal dengan keramahan dan kemurahan hatinya,” kata Lee dalam suratnya kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertarikh 3 Jun.

Salinan surat itu dipanjangkan kepada Bernama oleh Kementerian Luar Singapura.

“Saya masih ingat, saya duduk di sebelah baginda pada majlis santapan sempena istiadat perkahwinan Tunku Mahkota Johor. Itulah kali pertama dan kali terakhir kami berjumpa dan kami berbual-bual dalam suasana penuh kemesraan. Baginda pasti akan dikenang dan dirindui.

“Kami merakamkan rasa dukacita kami kepada Tuanku dan seluruh kerabat diraja Johor,” tulis Lee.

Lee berkata beliau dan isteri Ho Ching amat berdukacita atas kemangkatan Almarhumah Hajah Khalsom.

Hajah Khalsom, 83, mangkat di London pada 1 Jun.

Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan kelak.

Almarhumah Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Disember 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien Loong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peningkatan Inflasi Masalah Paling Serius Buat Dunia

23/05/2022
0

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu disampaikan...

PM Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

29/11/2021
0

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd