• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Empat Sekeluarga Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 dari arah Kuala Lumpur pagi tadi di Maran, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 11.45 malam ini.

Kesemua jenazah mangsa iaitu Azian Abdullah, 50; Fatin Najwa Mazlan, 27; Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohd Danis Najmi, 10, tiba di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru dari Hospital Jengka, Maran kira-kira pukul 10.50 malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa proses pengebumian dijalan dengan kehadiran kira-kira 500 orang anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang datang bagi memberi penghormatan terakhir buat kesemua mangsa.

Suami dan bapa kepada semua mangsa kemalangan tragis Mazlan Mohd Rashid, 54, kelihatan tabah menguruskan perjalanan terakhir keempat-empat anggota keluarganya.

Sebelum itu jenazah dibawa ke Surau Al-Ridhuan Peringkat Empat, Bandar Cheneh Baru pada pukul 10.15 malam. Ketibaan jenazah telah disambut dan disembahyangkan oleh 1,000 jemaah dan penduduk kampung sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Dua anak Mazlan yang terselamat dalam kemalangan itu iaitu Fatin Nur Athirah, 19, dan Mohd Shahrul Ikram, 20, tetap hadir ke tanah perkuburan diiringi saudara mara dan ahli keluarga yang lain bagi melihat jenazah ibu dan adik-beradik mereka buat kali terakhir. – BERNAMA

Tags: jenazahkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd