• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Peguam Negara: Perbincangan Khas Selasa

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Syed Danial berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

“Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan Peguam Negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan: “…Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Dr. Mahathir berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. – BERNAMA

Tags: Ketua Peguam Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Tommy Thomas Bertepatan Keperluan

05/06/2018
0

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yakin pelantikan Tommy Thomas sebagai...

Peguam Negara Akan Bercuti, Diganti Peguam Cara

14/05/2018
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd