• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Lakar Hatrik Gelaran Cleveland Classic

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mencipta hatrik gelaran Kejohanan Cleveland Classic 2015 di Ohio, Amerika Syarikat hari ini, sekali gus melakarkan kemenangan pertama tahun ini.

Nicol membuktikan keunggulannya sebagai pemain nombor satu dunia apabila dengan mudah mengalahkan musuh tradisinya, Raneem El Welily dari Mesir dengan keputusan 11-5, 11-9 dan 11-4 pada final di Cleveland Racquet Club.

Sebelum ini, Nicol merangkul gelaran pertama kejohanan itu pada 2012 dan 2014.

Kemenangan tersebut merupakan gelaran ke-79 buat pemain berusia 31 tahun itu dalam penampilannya di 98 perlawanan final.

Isnin lepas, Nicol mecipta rekod dunia apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaru Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

Anak kelahiran Pulau Pinang itu, yang memegang status pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006, mengatasi pemegang rekod Susan Devoy dari New Zealand selama 105 bulan sejak Februari 1993. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd