• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Kerana Drama, Zara-Hafreez Jalin Cinta Serius

oleh
04/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zara Zya dan Hafreez Adam mengakui cinta mereka bukanlah lakonan demi melariskan drama Mona Lisa yang dibintangi tapi kerana pilihan hati sendiri.

Baca: Zara Zya Akui Jalin Hubungan Dengan Hafreez Adam

Juga: Umur Bukan Penghalang Cinta Hafreez-Zara Zya

Dalam masa sama, Zara turut menafikan kononnya dia jalin hubungan cinta bersama dengan Hafreez semata-mata untuk menutup kontroversi kononnya dirinya meminati kaum sejenis selepas dilihat rapat dengan pengurusnya sendiri.

“Sebelum ini, saya boleh dikatakan bersih daripada gosip cinta. Jadi, apabila saya dan Hafreez berkawan rapat, mungkin keadaan itulah yang menyebabkan timbulnya pelbagai kontroversi.

“Bagi saya, pada usia 33 tahun, ia bukan lagi masa untuk dibazirkan begitu saja. Kekangan kerja pula antara punca mengapa saya sukar untuk mengenali lelaki dengan lebih dekat, malah kadang kala mereka sendiri yang menjarakkan diri kerana kesibukan saya.

“Mengenai pengurus pula, orang membuat andaian bukan-bukan kerana dia sering dilihat bersama-sama saya. Lazimnya, memanglah dia selalu ada di sisi kerana dialah yang menguruskan perjalanan kerjaya saya. Biarlah apa yang orang di luar sana hendak cakap kerana kita tidak dapat menutup mulut mereka,” kata Zara dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa yang sama, Zara turut mengharapkan doa daripada peminat supaya hubungannya bersama dengan Hafreez akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tambahnya lagi, mereka sememangnya sudah mengenali antara satu sama lain tetapi hubungan itu menjadi lebih rapat apabila mereka disatukan dalam drama yang sama.

Malah sepanjang penggambaran yang mengambil masa hampir lapan bulan itu menguatkan lagi hubungan mereka dan semakin mengenai antara satu sama lain.

“Begitupun, rasanya dialah yang lebih layak untuk membuat kenyataan mengenai hala tuju hubungan kami. Tidak manis untuk saya bercakap banyak mengenai perkara itu. Cuma, apa yang boleh saya katakan, doakan yang terbaik buat kami berdua,” ujarnya lagi.

Selain bergelar pelakon, Zara kini sedang hangat mempromosikan single baharunya berjudul Tiada Dendam hasil karya Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam serta liriknya pula nukilan Iman Imran. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: hafreez adamNetizenZara Zya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd