• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pegawai JAIS Diperintah Membela Diri

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diperintah membela diri atas sembilan pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM32,856 dalam pemberian projek kepada dua syarikat milik abang dan adik kandungnya, dua tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pendakwaan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail yang dapat membuktikan kes prima facie terhadap Hairul Nizan Mhd Idris, 37.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Mahkamah Sesyen kemudian menetapkan 6 dan 7 Jun ini untuk tertuduh, yang diwakili peguam Hamidi Mohd Noh, membela diri.

Hamidi turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya bercadang memanggil 10 saksi bagi memberi keterangan manakala anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Hairul Nizan yang merupakan pegawai dakwah Gred S41, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan tersebut dengan mengemukakan permohonan dan syor bagi pembekalan oleh Syarikat Prisma Jaya Kini Resources dan Syarikat Prima Maju Trading, yang kedua-dua syarikat itu dimiliki abang dan adik kandungnya.

Permohonan dan syor pembekalan itu membabitkan sembilan projek iaitu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat; Seminar Isu-isu Doktrinisasi Penyelewengan Dakyah Sesat Daerah Hulu Langat; Program Bengkel Interaktif (Retreat Keluarga) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Kursus Pengurusan Jenazah Surau Raudhatul Jannah Bandar Sunway.

Ia turut melibatkan Seminar Memperkasakan Ummah; Seminar Integriti ‘Membina Modal Insan’; Program Sayangi Hidup elak Derita Selamanya (SHIELDS); Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat; dan Perkhidmatan Mereka Bentuk serta Membekal Hadiah Cenderahati bagi Program Unit Dakwah Daerah Hulu Langat.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat antara 1 Februari 2016 dan 25 Oktober 2016.

Hairul Nizan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: JAISKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

06/11/2026
0

SHAH ALAM - Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) memberi ruang kepada individu yang terlibat dengan kekeliruan atau penyelewengan akidah untuk kembali...

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli dan dua ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd