• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Sasar Lakon Filem Aksi, Buang Lemak 100 Kilo!

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TARGET pelawak Abam Bocey untuk menurunkan berat badannya ialah sebanyak 100 kilogram! Ia bukanlah demi kepuasan diri sendiri, tetapi demi perubahan karier seninya pada masa akan datang.

Baca: Makin Susut, Abam ‘Pasang’ Target Tersendiri

Juga: Berkat Usaha Keras, Abam Kini Susut 11 Kilogram!

Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan memberitahu bahawa dia masih lagi perlu menurunkan berat badan sebanyak 67 kilogram bagi mencapai sasaran berat badan ideal yang dimahukannya.

“Sebelum ini berat saya 188.6 kilogram dan sekarang saya berjaya turunkan sehingga 167 kilogram. Saya sasarkan nak buang lagi 67 kilogram tu dan tinggal 100 kilogram. Saya buat semua ini atas diri sendiri.

“Nak lakukan perubahan dalam karier seni. Tahun hadapan saya nak cuba berlakon dalam cerita aksi pula,” kata Abam ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Walaupun selepas ini badannya tidak lagi sebesar sekarang, Abam berjanji untuk terus mengekalkan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ yang selama ini memberi semangat kepadanya dan orang lain yang turut berbadan besar sepertinya.

Malah, ia juga sebagai kata-kata semangat buat mereka yang mahu membuat satu perubahan dalam diri mereka.

https://www.instagram.com/p/BjHqTk-gVM4/?taken-by=abam_bocik

“Itu yang sebenarnya. Bukan sebab kita berbangga jadi gemuk. Kefahaman orang kadang-kadang lebih negatif daripada positif.

“Tagline itu sebagai satu semangat untuk golongan seperti saya berusaha menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, ketika proses menurunkan berat badan, Abam mengakui bahawa dia sering berhadapan dengan nafsu di sekelilingnya iaitu makanan kegemarannya.

Pelakon dan pelawak berusia 30 tahun itu turut dibantu oleh isterinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dan jurulatih peribadi kesihatan, Coach Fadzil Shar dalam menjayakan misi pentingnya itu.

“Nak kawal makan tu tak susah tapi nafsu tu yang susah. Kita tengah diet tapi ada yang ajak makan macam-macam. Terpengaruh dengan orang luar.

“Tapi nasib baik isteri dan pembantu peribadi yang akan pantau dan mengawal cara pemakanan saya,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Abam BoceyNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd