• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sherry Alhadad Jadi Kurus Demi Kebaikan Diri Sendiri

oleh
01/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara berbakat besar, Sherry Alhadad kini muncul dengan menampilan baru selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram.

Ekoran hal itu, netizen mula mendakwa kononnya pengacara berusia 33 tahun itu berazam untuk ‘pasang badan’ demi mencari teman lelaki.

Bagaimanapun, Sherry tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu dan menjelaskan dia berusaha untuk mengecilkan tubuh sebagai memberikan galakan untuk peminat dan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

“Buat masa ini, saya masih lagi solo dan tidak mempunyai mana-mana teman istimewa. Jadi, usaha untuk menguruskan badan ini bukanlah untuk sesiapa, tetapi demi kebaikan diri sendiri.

“Saya juga tidak setuju apabila ada yang anggap gemuk itu tidak cantik, tetapi inisiatif ini diambil atas faktor kesihatan. Lebih banyak aktiviti dapat diisi dalam jadual kerana tubuh saya kini lebih ligat berbanding dulu.

“Sebenarnya, saya tidak mahu terlalu menghebahkan perkara ini kerana berat badan boleh naik dalam tempoh cepat. Cuma, saya berharap rutin sihat ini dapat diteruskan untuk kebaikan diri sendiri juga,” katanya dipetik BH Online.

Berkongsi mengenai tip atau cara yang diamalkan, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad memberitahu banyak perkara sebenarnya yang perlu dikorbankan kerana ia bukan usaha mudah.

Malah katanya, bagi mengisi rutin bersenam dia juga perlu membuang rasa malas dan tidak boleh berfikir untuk menyambung tidur saja.

“Selain itu, saya juga gemar minum Milo, tetapi perlu dikurangkan kerana ia mengandungi gula yang tinggi. Ibarat perlu berpisah dengan teman lelaki kerana ia adalah minuman kegemaran saya,” kata Sherry. – MYNEWSHUB.CC

Tags: sherry al-hadad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersenam 3 Kali Seminggu, Sherry Surut 7 Kilogram

07/03/2018
0

PEMILIK nama sebenar, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau nama komersilnya, Sherry Alhadad tidak perlu diperkenalkan lagi di industri hiburan tanah air. Sikap...

Hampir 3 Tahun, Sherry Masih Gugup Mengacara

31/03/2017
0

WALAUPUN makin popular dalam bidang pengacaraan, pelakon Sherry Al Hadad, 33, memberitahu masih berasa gugup setiap kali dia mahu memulakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd