• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurgen Klopp Mahu Jumpa Ibu Ousmane Dembele

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JURGEN Klopp mahu bertemu ibu Ousmane Dembele dalam usaha untuk menyakinkan bintang Barcelona itu supaya menyertai Liverpool pada musim panas ini.

Penyerang Barcelona itu merupakan sasaran utama Klopp tetapi Liverpool pastinya berdepan laluan berliku untuk mendapatkan khidmatnya.

Dembele tidak yakin sama ada keputusan meninggalkan Barcelona hanya selepas satu musim berhijrah ke Sepanyol sebagai sesuatu yang masuk akal.

Malah lembaga pengarah Liverpool memberitahu Klopp bahawa bidaan sebanyak 88 juta pound sterling belum tentu dapat merealisasikan perpindahan Dembele.

Dembele meninggalkan Dortmund hanya selepas satu musim memperkuat kelab Bundesliga itu dan mempamerkan aksi cemerlang pada musim pertama bersama Barcelona.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan empat gol dan membantu mencipta sembilan gol dalam 24 penampilannya.

Barcelona masih enggan melepaskan pemain muda itu tetapi kehadiran Antoine Griezmann pada musim panas ini boleh menyebabkan Dembele meninggalkan kelab itu.

Klopp mahu memantapkan jentera serangan The Reds untuk mengurangkan tekanan tiga pemain bintangnya iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Liverpool sudah membawa masuk Fabinho dari Monaco dan berusaha memuktamadkan rundingan dengan penyerang Lyon, Nabil Fekir. – mStar Online

Tags: Jurgen KloppOusmane Dembele
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurgen Klopp Mahu Pemain Sayap Lain Sebelum Menandatangani Salah

18/12/2018
0

JURGEN KLOPP pada asalnya mahu menandatangani Julian Brandt dan bukannya Mohamed Salah. Liverpool menyempurnakan kontrak menandatangani Salah pada musim panas...

‘Mo Salah Kembali Sepenuhnya, PSG Sila Hati-Hati”

28/11/2018
0

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan keyakinannya terhadap Mo Salah dan memberi amaran kepada Paris Saint-German agar berwaspada dengan kemaraan mereka....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd