• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan Di Nicaragua Ragut 100 Nyawa

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANAGUA – Angka kematian akibat keganasan di Nicaragua terus meningkat kepada hampir 100 mangsa, ketika Presiden Daniel Ortega terus menolak gesaan untuk meletakkan jawatan.

Menurut Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH), pertempuran antara penunjuk perasaan pro dan anti kerajaan yang berlangsung di beberapa bandar kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa, manakala 79 lagi cedera.

Ia menjadikan jumlah mangsa yang maut kepada 98 mangsa sejak gelombang bantahan terhadap Ortega dan parti pemerintah pimpinannya, iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Sandinista bermula pada 18 April lalu.

Lebih 900 penunjuk perasaan dilaporkan cedera.

Bantahan dilaporkan berpunca daripada pembatalan beberapa pembaharuan yang dilaksanakan, selain masalah sistem keselamatan sosial, tetapi ia terus memuncak selepas rakyat Nicaragua menolak pemerintahan Ortega dan isterinya, Naib Presiden, Rosario Murillo yang dianggap bersikap autokratik.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menyambung semula proses rundingan damai anjuran gereja Katolik pada Isnin ini, yang tertangguh sejak minggu lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: NicaraguaRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicaragua Fail Kes Di ICJ Terhadap Jerman Kerana Bantu Israel

Nicaragua Fail Kes Di ICJ Terhadap Jerman Kerana Bantu Israel

02/03/2024
0

THE HAGUE: Nicaragua memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Jerman kerana memberi bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Israel....

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd