• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Pastikan Bekalan Air Di Langkawi Mencukupi

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah pembaharuan teknikal untuk memastikan bekalan air terawat di Langkawi mencukupi dalam menghadapi peningkatan kadar aktiviti pembangunan di pulau ini untuk dua tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Tinggi, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Ir. Zamri Yusof berkata kadar peningkatan ini semakin ketara sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini dan negara.

“Kita jangka pembangunan di Langkawi akan lebih ketara selepas perubahan kerajaan baru-baru ini. Pelabur-pelabur mulai kembali melabur di Langkawi dan kami perlu bersedia sekurang-kurangnya dua hingga empat tahun kehadapan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Berbuka Puasa anjuran Taliworks (Langkawi) Sdn. Bhd. di sini malam tadi.

Beliau berkata meskipun kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sebelum ini telah mengumumkan projek besar bekalan air bernilai RM600 juta untuk Langkawi, kerajaan Pakatan Harapan akan menghalusi projek itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sebarang projek besar sudah semestinya daripada federal (Kerajaan Pusat) kerana bajet dan dana datang daripada mereka (untuk melaksanakan projek besar),” katanya.

Sementara itu, Zamri berkata Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) iaitu syarikat milik kerajaan negeri yang membekal air terawat menjangkakan peningkatan penggunaan air hingga lebih tiga kali ganda semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Katanya peningkatan ini berlaku ekoran ramai warga Kedah dari negeri lain pulang untuk berhari raya dan SADA sudahpun mengenal pasti kawasan terlibat untuk diberi keutamaan bagi meningkatkan kadar pelepasan bekalan air.

“Kita telah mengadakan beberapa perbincangan awal tentang langkah (untuk menghadapi sebarang kemungkinan) sebab umum sudah mengetahui keadaan di Kedah ini setiap kali tiba musim perayaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta rakyat di negeri ini yang pulang ke kampung untuk tidak menggunakan air secara berlebihan bagi mengelak sebarang masalah bekalan.

“Gunalah pada kadar yang sesuai dan sederhana. Janganlah sampai ke peringkat yang membazirkan,” katanya, sambil menambah bekalan air boleh terganggu jika berlaku penggunaan berlebihan. – BERNAMA

Tags: bekalan airKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd