• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

182,409 Lulusan SPM 2017 Ditawarkan Ke IPTA

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program prauniversiti, sijil dan diploma di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran asas di seluruh negara bagi sesi akademik 2018-2019 pengambilan Jun.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata jumlah itu termasuk 17,338 daripada keluarga berpendapatan rendah B40, 299 individu kelainan upaya (OKU), 348 Orang Asli dan 1,225 atlet sukan.

“Jumlah ini merupakan peningkatan 22 peratus daripada tahun lepas, yang mana kerajaan hanya menawarkan sekitar 149,000 tempat sahaja,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada lepasan SPM 2017, di sini hari ini.

Maszlee berkata beliau mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di IPTA walaupun kerajaan telah cuba memastikan semua pelajar yang layak dapat melanjutkan pelajaran.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan berpegang dengan sikap bahawa kami akan cuba membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekonomi mereka,” katanya.

Maszlee berkata jika ada pihak yang tidak beruas hati, mereka disarankan untuk merayu kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan beliau memberi jaminan semua rayuan akan diberi perhatian adil dan saksama.

“Kita tidak akan sesekali mendiskriminasi sesiapa, tetapi kita perlukan ibu bapa membuat rayuan supaya kita tahu mengenai kes-kes yang wujud dan akan cuba bantu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikSPM 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd