• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Juta Maut Akibat Rokok Setiap Tahun – WHO

oleh AK-47
31/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa lebih tujuh juta manusia meninggal dunia setiap tahun, akibat merokok atau menghidu asap rokok.

Malah, tabiat merokok dipercayai menyebabkan satu kematian bagi setiap enam saat.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disambut esok.

Kanser, serangan jantung, strok dan penyakit paru-paru adalah pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan tembakau atau rokok.

Sejak abad ke-20, tembakau sudah meragut 100 juta nyawa, iaitu melebihi 60 juta hingga 80 juta kematian yang dicatatkan ketika Perang Dunia Kedua serta 18 juta mangsa yang maut dalam Perang Dunia Pertama.

“Kadar kematian yang direkodkan sepanjang abad ke-21 akibat pengambilan tembakau sudah meningkat sehingga satu bilion,” kata WHO.

Menurut kajian jurnal saintifik, Tobacco Control yang diterbitkan pada Januari 2017, sebanyak enam peratus daripada kos penjagaan kesihatan dunia dibelanja bagi merawat penyakit akibat merokok atau menyamai dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia.

“Ia (kos rawatan) membabitkan sejumlah AS$1.436 bilion (RM5.71 bilion) di seluruh dunia, iaitu pada 2012 dan 40 peratus daripadanya ditanggung oleh negara membangun,” katanya.

Selain itu, pakar berkata, setiap minit perokok menghisap hampir 11 juta rokok dan 10 daripadanya mati akibat tabiat berkenaan, ketika industri itu menjana berbilion ringgit, setiap tahun.

Ketika ini, menurut WHO, ada sekitar satu bilion perokok di seluruh dunia, iaitu kira-kira satu pertujuh daripada populasi penduduk dunia.

“China merekod kadar perokok tertinggi, iaitu 315 juta daripada 1.3 juta penduduknya dan mereka menghisap kira-kira satu pertiga daripada jumlah rokok di dunia,” kata laporan yang dikeluarkan oleh WHO pada tahun lalu.

Sementara, Indonesia mencatatkan kadar perokok tertinggi, iaitu 76 peratus bagi golongan lelaki berusia 15 tahun dan ke atas.

Namun, amat membimbangkan apabila kira-kira 80 peratus daripada perokok adalah daripada mereka yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana, malah 226 juta daripada mereka dianggap miskin.

Bagaimanapun, menurut jurnal perubatan The Lancet yang diterbitkan pada April 2017, peratusan individu menggunakan tembakau setiap hari menurun dalam tempoh 25 tahun.

Katanya, satu daripada empat lelaki dan satu daripada 20 wanita merokok setiap hari pada 2015, berbanding satu daripada tiga lelaki serta satu daripada 12 wanita pada 1990. – myMetro Online

Tags: perokokPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Jepun Ahli Baharu Lembaga Eksekutif WHO

03/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Malaysia dan Jepun sebagai ahli baharunya bagi penggal 2021...

18 Peratus Rakyat Malaysia Bakal Terima Vaksin Sinovac

02/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia akan memperoleh manfaat daripada vaksin Sinovac Covid-19 yang sudah mendapat kelulusan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd