• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,000 Kafe Starbucks Bakal Ditutup Empat Jam

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Sebanyak 8,000 cawangan Starbucks bakal ditutup pada jam 2 petang (waktu tempatan) hari ini, bagi membolehkan kira-kira 175,000 kakitangannya mengikuti latihan mengenai toleransi kaum, susulan insiden dua lelaki kulit hitam ditahan di salah satu kedainya pada April lalu.

Presiden kumpulan dasar awam Demos, Heather McGhee, yang menjadi penasihat kepada Starbucks Corp (SBUX.O) mengenai program latihan anti-perkauman yang bermula hari ini, berharap ia dapat menghidupkan kembali usaha untuk memastikan golongan minoriti mendapatkan layanan sama rata di restoran dan kedai, sekali gus menjadi contoh kepada syarikat lain.

Starbucks komited untuk menjalani latihan itu selepas seorang pengurus kafenya di Philadelphia yang menghubungi polis hingga menyebabkan dua pelanggan kulit hitam yang sedang menunggu seorang rakan ditahan.

Sementara, 6,000 lagi cawangan kafe berlesen Starbucks yang dibuka di lokasi seperti kedai barangan harian, lapangan terbang dan kakitangan terbabit akan menjalani latihan yang sama tidak lama lagi.

Program selama empat jam itu antara lain diselitkan dengan sesi tayangan video yang menampilkan pemimpin syarikat, artis hip hop Common dan pakar dari Institut Persepsi serta dokumentari ringkas mengenai sejarah perkauman di tempat awam.

Mereka juga akan mengambil bahagian dalam perbincangan dan sesi penyelesaian masalah mengenai cara mengenal pasti dan mengelakkan diskriminasi kaum. – Reuters/BH ONLINE

Tags: starbuckstutup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

Premis Makanan Kotor Diarah Tutup Serta-merta

25/05/2024
1

HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Hulu Bernam, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, semalam....

IOI City Mall Putrajaya Tutup Kerana Gangguan Elektrik

IOI City Mall Putrajaya Tutup Kerana Gangguan Elektrik

28/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd