• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hodak Harap Keputusan Positif Di Bangkok

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah-19 (B-19) negara, Bojan Hodak berharap anak buahnya dapat mencatat keputusan positif dalam tiga aksi persahabatan di Bangkok, Thailand, bermula esok.

Beliau berkata perlawanan pemanas badan itu penting bagi mengukur kemampuan pasukannya sebelum bersaing pada Kejohanan B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018, yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 15 Julai di Indonesia.

“Kemenangan dalam kesemua perlawanan itu penting kerana boleh memberi motivasi kepada pemain untuk menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.

“Setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa, kita sentiasa menekankan mentaliti untuk menang,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Bangkok, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Jurulatih kelahiran Croatia berusia 47 tahun itu berkata selain mengharapkan kemenangan pada setiap aksi persahabatan tersebut, beliau juga berharap pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan berkenaan.

“Saya juga belum memutuskan pemain mana bakal dipilih sebagai ketua pasukan, namun saya melihat tiga pemain mampu menggalas peranan tersebut iaitu Azhar Apandi, Ammar Akhmal Alias dan Hadi Fayyadh Abdul Razak,” kata Hodak.

Malaysia akan berdepan skuad B-19 Thailand pada 30 Mei, diikuti perlawanan kedua menentang Assumption United pada 2 Jun.

Kedua-dua perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium SCG Muangthong.

Skuad remaja negara akan meneruskan aksi persahabatan bertemu Chonburi FC pada 4 Jun di Stadium Chonburi, sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 5 Jun.

Dalam saingan pusingan akhir Kejohanan B-19 AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Kemboja, Brunei, Timor Leste dan Myanmar. – BERNAMA

Tags: Bojan Hodak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hodak Mahu Pasukan B-18 Tampil Prestasi Terbaik

12/03/2018
0

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menggesa anak buahnya mempamerkan prestasi terpuji pada...

Piala Sanix 2018 Medan Uji Falsafah Baharu – Bojan

01/03/2018
0

PETALING JAYA - Kejohanan Piala Sanix 2018 di Fukuoka, Jepun dari 15 hingga 18 Mac ini bakal menjadi medan buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd