• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Mesir Saman Sergio Ramos RM4.6 Bilion

oleh
30/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN kecederaan yang menimpa bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah, seorang peguam dari Mesir telah memfailkan saman bernilai €1 billion (RM4.6 bilion) ke atas Sergio Ramos.

Saman itu dikenakan atas dakwaan kapten Real Madrid itu telah mengakibatkan Salah mengalami kecederaan ketika sedang bergelut mendapatkan bola.

Lapor portal online Semuanya Bola, terdapat teori yang mengatakan Ramos sengaja menjatuhkan Salah namun tidak dapat dipastikan adakah Ramos benar-benar sengaja mengkasari pemain Liverpool itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Peguam Mesir, Bassem Wahba masih bertegas dan mahu Ramos menerima balasan tersebut walaupun Salah telah memuat naik ke dalam Twitter untuk menyatakan keyakinan sempat sembuh menjelang sepak mula Piala Dunia pada 14 Jun hadapan.

It was a very tough night, but I’m a fighter. Despite the odds, I’m confident that I’ll be in Russia to make you all proud. Your love and support will give me the strength I need. pic.twitter.com/HTfKF4S70e

— Mohamed Salah (@MoSalah) May 27, 2018

Melalui satu siaran televisyen, Sada El-Balad di Mesir, Wahba telah mengumumkan telah membuat aduan bertulis kepada Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dengan menuduh Ramos berniat mencederakan Salah.

“Ramos jelas sengaja berniat mencederakan Salah, dan patut dihukum. Saya telah memfailkan saman dan menulis aduan rasmi kepada FIFA.

“Sudah tentu saya juga meminta ganti rugi bernilai €1 billion (RM4.6 bilion) untuk apa yang terjadi kepada Salah dan juga Mesir amnya,” ujar Wahba.

Tambahnya lagi, jika dia memenangi saman itu, wang tersebut akan didermakan kepada sebuah tabung dana Mesir.

Selain daripada tindakan oleh Wahba, satu petisyen di Change.org turut telah diwujudkan untuk menggesa Union of European Football Associations (UEFA) dan FIFA mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ramos.

Lebih daripada 370,000 tandatangan telah diperolehi melalui petisyen tersebut sehingga kini.

Rata-rata penyokong Liverpool dan Salah menyalahkan Sergio Ramos kerana kecederaan tersebut.

Kecederaan yang dialami oleh penyerang sayap Liverpool itu dalam perlawanan tersebut menyebabkan beliau berisiko dan pastinya satu cabaran yang besar buat Salah dalam menghadapi siri-siri perlawanan Piala Dunia akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Peguam MesirRamosSalah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Dunia: Kehadiran Salah Bakal Cabar Tuan Rumah

20/06/2018
0

MOHAMED Salah dijangka memberikan saingan sengit pada tuan rumah bagi perlawanan Rusia menentang Mesir dalam Piala Dunia yang dijadualkan akan...

Pemerintah Mesir Tergugat Berdepan ‘Raja Mesir’ Salah

03/05/2018
0

SETIAP kali Mohamed Salah melangkah masuk ke stadium, para penyokongnya akan bersorak "Mo Salah, Mo Salah, Mo Salah, running down the...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd