• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mavcom Patut Dikekalkan – Presiden CAP

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan tidak berasas yang diberikan Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Malaysia (4PAM) terhadap Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Jumaat lepas.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata sebagai sebuah pertubuhan pengguna, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung syarikat penerbangan sejak beberapa tahun lalu membabitkan hal-hal seperti kehilangan bagasi, tidak diberikan pampasan, tidak dimaklumkan mengenai pertukaran jadual penerbangan dan pelbagai rungutan lain.

“Sejak MAVCOM diperkenalkan, kami melihat berlaku penurunan yang drastik dalam aduan mengenai syarikat penerbangan. Kami percaya hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kecekapan MAVCOM dalam mengendalikan aduan yang diterima malah akhirnya terdapat sebuah badan yang memantau syarikat penerbangan dan memberi perhatian kepada kebajikan penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) yang dibentuk oleh MAVCOM memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung hak-hak penumpang dan tanggungjawab syarikat penerbangan.

Sementara itu Mohamed berkata berhubung pengenaan caj perkhidmatan RM1 yang dikenakan kepada penumpang yang berlepas dari lapangan terbang di Malaysia yang dikritik oleh 4PAM, CAP percaya bayaran itu adalah wajar memandangkan MAVCOM tidak lagi dibiayai oleh kerajaan.

“Hakikatnya, pertubuhan, syarikat malah kerajaan sendiri memerlukan wang untuk beroperasi dan meneruskan operasi mereka Berhubung 4PAM mempersoalkan ketelusan MAVCOM, sejujurnya ia agak memalukan kerana semua data, kertas penyelidikan, laporan pengguna, laporan tahunan (yang mengandungi penyata kewangan suruhanjaya berkenaan) dan sebagainya terdapat di dalam laman sesawangnya.

“Tambahan pula, MAVCOM merupakan sebuah suruhanjaya yang memberikan laporan secara langsung kepada Parlimen yang menuntut ketelusan,” katanya.

Beliau berkata secara kesimpulannya pihaknya tidak menemui sebarang kewajaran bagi serangan 4PAM terhadap sebuah suruhanjaya yang baik.

“Oleh itu kami ingin menegaskan bahawa MAVCOM patut dikekalkan demi kebajikan penumpang kapal terbang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mavcom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan Ubah Jadual Sembarangan

11/05/2022
0

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran...

Kata Putus Harga Tiket Penerbangan Dicapai

18/04/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan - Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd