• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Dipercayai Jatuh Di Perairan P.Pisang

oleh AK-47
29/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga tempatan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Pisang, dekat Pontian, pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi selepas mangsa, Abdul Rashid Padang, 58, keluar dari Pontian Besar menuju ke Pulau Pisang untuk mencari buah-buahan, menaiki bot.

“Dalam kejadian pagi tadi mangsa disedari hilang apabila anak saudaranya melihat bot fiber milik mangsa berpusing-pusing dengan enjin masih hidup, namun setelah membuat pemeriksaan tiada orang di dalam bot tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihak APMM menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.30 pagi sebelum mengaktifkan Operasi Carilamat dan menggerakkan sebuah bot ke lokasi tersebut bagi mencari mangsa.

Beliau berkata kawasan pencarian hari ini tertumpu di kawasan mangsa dilaporkan hilang iaitu kira-kira 3.2 batu nautika timur Pulau Kukup dengan keluasan pencarian lebih kurang 33 batu nautika persegi.

Katanya operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bekerja sendiri itu turut disertai Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan.

Sehubungan itu, orang awam boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam APMM Lt Dya Maritim Mohd Sufian Anuar pada talian 0197561580 untuk sebarang pertanyaan atau sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd