• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Najib Tarik Balik Saman Tony Pua, Chan

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa anak guamnya telah mengarahkan beliau untuk menarik balik saman itu dan Najib bersetuju untuk menggugurkan tindakan undang-undang dengan syarat yang tidak didedahkan.

“Peguam defendan juga bersetuju dengan permohonan penarikan balik saman ini tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya selepas sebutan kes itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Zaidi Ibrahim.

Mohd Hafarizam berkata hakim juga membenarkan permohonan untuk menarik balik saman itu dan membatalkan tindakan undang-undang.

Peguam Michelle Ng yang mewakili Pua dan peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Chan telah mengesahkan perkara itu. Sebelum ini Mahkamah Tinggi menetapkan 18 hingga 20 September untuk mendengar saman tersebut.

Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadinya, menyaman Pua pada 5 Mac 2015, menamakan Pua sebagai defendan pertama dan Chan defendan kedua, berhubung isu 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib sebagai plaintif menyatakan pada 13 November 2014, Pua selaku penceramah utama dalam majlis makan malam kutipan dana DAP telah membuat kenyataan fitnah terhadap 1MDB.

Anggota Parlimen Pekan itu mendakwa rakaman ucapan itu dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya di You Tube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Katanya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai “Prime Minister” dalam perkataan-perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).

Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya yang akan berterusan selama bertahun-tahun lamanya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Ini adalah penarikan kedua oleh Najib, selepas beliau pada 22 Mei lepas menarik balik samannya terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel dalam portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan dana milik 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd