• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh empat wanita yang sedang menunggu pesanan burger selepas pulang dari Bazar Aidilfitri di Jalan Mohd Salleh, Batu Pahat, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, empat wanita berkenaan sedang berdiri di hadapan gerai burger di situ dan menanti pesanan mereka.

Ketika kejadian, kawasan jalan berkenaan dipenuhi ramai pengunjung berikutan Bazar Aidilfitri.

Seorang mangsa yang parah dikenali sebagai Nurfarahim Elias, 28, dari Parit Haji Sidek, dekat Batu Pahat, manakala seorang lagi wanita berusia 25 tahun sedang dikesan identitinya berikut tidak membawa sebarang pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk itu tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke sebelah kanan jalan sebelum merempuh empat wanita dekat gerai burger.

“Bagaimanapun, penjual burger tidak mengalami kecederaan.

“Dua mangsa yang parah bersama dua lagi yang cedera ringan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, berlaku sedikit kekecohan antara orang ramai dengan pemandu apabila beberapa pengunjung mahu membelasahnya.

“Namun, ia berjaya dihalang dan ditenteramkan orang ramai,” katanya.

Abdul Wahib berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

Tags: dirempuhmabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd