• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Rangkul Piala Thomas Buat Kali Ke-10

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.

Kekalahan Jepun yang dibimbing oleh lagenda Korea Selatan, Park Joo Bong telah gagal mengulangi kejayaan pasukan wanitanya semalam yang berjaya menjulang Piala Uber selepas menewaskan tuan rumah Thailand 3-0.

Beregu kedua, Li Junhui-Liu Yuchen menjadi wira buat skuad China apabila menghadiahkan mata kemenangan selepas berhempas pulas untuk mengalahkan pasangan Keigo Sonoda-Yuta Watanabe,

Beregu China itu bermula dengan langkah kiri apabila tumpas pada set pertama 17-21 sebelum bangkit 21-19 dalam set kedua dan seterusnya mencipta kemenangan 22-20 dalam rubber set.

Pada aksi pembukaan, juara Olimpik, Chen Long gagal memberikan mata pertama selepas tewas dalam straight set 9-21, 18-21 kepada pemain nombor 12 dunia, Kento Momota dalam pertarungan selama 62 minit.

Momota gagal menewaskan Chen yang juga merupakan pemain nombor lima dunia dalam empat pertemuan mereka sebelum ini.

Tersentak dengan kekalahan acara perseorangan pertama, China bangkit untuk menyamakan kedudukan apabila beregu Liu Cheng-Zhang Nan berjaya menumbangkan Takuto Inoue-Yuki Kaneka 2-10, 21-18.

Perseorangan kedua China, Shi Yu Qi yang juga merupakan pemain nombor tiga dunia tampil di gelangggang selepas itu untuk berhadapan dengan pemain nombor 14 dunia, Kenta Nishimoto.

Yu Qi berjaya memenangi perlawanan itu dengan mudah 21-12 pada set pertama dan 21-17 pada set kedua untuk memberikan China mata keduanya dan menjadikan kedudukan 2-1.

Selepas itu tiba aksi Junhui dan Yuchen sebagai beregu kedua China yang berjaya memberikan negara kuasa besar badminton dunia itu Piala Thomas mereka yang ke-10. – BERNAMA

Tags: Piala Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

Piala Thomas: Malaysia Tundukkan Rusia 5-0

21/05/2018
0

BANGKOK - Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila membenam Rusia 5-0 dalam saingan peringkat Kumpulan D di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd