• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barangan Keperluan Mencukupi Sehingga Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeriannya mengambil langkah proaktif memastikan bekalan mencukupi melalui peningkatan pengeluaran tempatan dan menambahkan kuota import bagi beberapa negara terpilih serta melaksanakan sekatan eksport ikan ke luar negara.

“Perancangan bagi menjamin bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi bagi menghadapi musim perayaan telah dibuat sejak tiga bulan yang lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.”

Jelas Salahuddin, bagi tempoh sebulan musim perayaan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, anggaran jumlah pengeluaran bahan-bahan utama makanan adalah 49,733 metrik tan daging lembu (tempatan dan import); 351,046 metrik tan ayam (tempatan); 2,808 juta biji telur ayam; 15,000 metrik tan kobis bulat dan 108,500 metrik tan ikan (pelbagai spesies).

Kadar harga jualan di pasar khususnya di pasar tani sepatutnya berpatutan walaupun berlaku peningkatan permintaan semasa musim perayaan ini, katanya.

Tambah beliau, sekiranya berlaku bekalan yang tidak mencukupi dan wujudnya peningkatan harga, pengguna dinasihatkan untuk melaporkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan kerjasama KPDNKK bagi memastikan tiada unsur pencatutan dan peniaga meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual, kata Salahuddin.

Sebagai rujukan, tambah beliau, pengguna boleh menggunakan aplikasi MyHarga Tani dan Go Pasar Tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Price Catcher oleh KPDNKK bagi mendapatkan maklumat dan perbandingan harga. – BERNAMA

Tags: Salahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nazim Othman Akui Lepaskan Bella 2 Mei Lalu

Next Post

“Jamal, Sila Datang Ke Balai Segera” – Polis

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

Next Post

"Jamal, Sila Datang Ke Balai Segera" - Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd