• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes tembak melibatkan seorang jurujual telefon bimbit di lampu isyarat di Jalan Sentosa berhampiran medan selera Taman Sentosa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berumur 40-an itu ditahan di Tanjung Tokong di bahagian pulau pada 10.30 malam, semalam.

“Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah reman enam hari hingga 1 Jun ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Baca: Lelaki Dipercayai VIP Cedera Ditembak 9 Das

Polis telah mengambil keterangan daripada lima saksi termasuk rakan mangsa serta pemandu Toyota Hilux yang berada di depan kereta mangsa ketika kejadian, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya mangsa yang cedera pada bahagian lengan dan bahu kanan serta paha kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun berkenaan baharu saja keluar dari medan selera Sentosa Corner selepas bersarapan bersama rakannya sebelum masuk ke dalam kereta jenis Honda Accord untuk pulang ke rumah di Machang Bubuk, di sini.

Ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Sentosa, di sini tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menutup muka daripada sebuah kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa sebelum melarikan diri. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd