• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Bakar Dalam Pasu Bunga Laris Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelainan yang ditonjolkan seorang peniaga dalam menyediakan hidangan ayam bakar menggunakan pasu bunga mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di negeri ini.

Ayam yang dilumurkan dengan rempah dan madu itu dibakar menggunakan arang dalam pasu yang bahagian atasnya ditutup atau ditekup dengan sebuah lagi pasu.

Nurizwan Hafiza Tajudin, 27, berkata beliau menggunakan 30 pasu yang diperbuat daripada tanah liat bagi menyediakan masakan berkonsepkan bakar dan kukus.

“Kelembutan ayam masak menggunakan pasu juga berbeza dengan cara masakan ayam bakar yang lain sebab ia dibakar dan dikukus,” katanya kepada Bernama di tapak jualan Ayam Bakar Pasu Tekup di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Nurizwan Hafiza berkata 180 ekor ayam bakar pasu tekup berjaya dijual setiap hari sejak awal Ramadan lalu kerana pelanggan ingin menikmati kelainan masakan serta resepi rempah dan madu yang digunakannya.

“Idea ini tercetus pada dua tahun lepas ketika saya bekerja di Melaka, saya lihat ada peniaga yang menjual ayam bakar dalam pasu, jadi saya ambil kaedah ini sebagai inspirasi dan ia mendapat sambutan menggalakkan di sini,” katanya.

Nurizwan Hafiza berkata sebelum dibakar, ayam tersebut akan diperap semalaman menggunakan resepi rempah yang diwarisi daripada keluarga mentuanya.

“Proses membakar ayam dalam pasu mengambil masa selama 35 minit hingga 45 minit dan keseluruhan bahagian ayam akan masak sekata,” katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan ayam tersebut mulai pukul 3 petang termasuk di dua lagi cawangannya iaitu di Sri Aman, Pasir Puteh dan Binjai, Kubang Kerian di sini. – BERNAMA

Tags: Ayam Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd