• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PBT Mungkin Dalam Tiga Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin boleh dilaksanakan dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengutamakan pelbagai perkara penting lain terlebih dahulu seperti memastikan kedudukan kewangan negara stabil.

“Kita juga perlu melihat implikasi kos… tetapi saya rasa ia boleh dilaksanakan tiga tahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Transit Pinggiran Bukit Jalil di sini hari ini bagi mengetahui masalah penduduk.

“Dalam masa enam bulan ini kita akan lakukan kajian terperinci mengenai perkara ini,” katanya sambil menambah pemilihan PBT perlu kerana bagi negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat berhak bukan sahaja memilih kerajaan pusat dan negeri semata-mata tetapi juga peringkat kerajaan tempatan.

“Kita mungkin juga boleh laksanakan pemilihan ini secara berperingkat seperti di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum ia diadakan di seluruh negara,” kata Zuraida.

Menurutnya, pemilihan PBT bukan satu perkara yang asing kerana ia telah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Indonesia dan Korea Selatan.

Mengenai masalah orang muda yang dilaporkan sukar mendapatkan pinjaman perumahan, Zuraida berkata pihaknya telah memulakan perbincangan dengan pihak bank tempatan bagi mencari penyelesaian.

“Kita faham bank ni kadang-kadang ada peraturan yang ketat untuk pinjaman perumahan, jadi kita akan cuba kemukakan satu inisiatif bagi membantu pembeli di samping tidak menjejaskan bank,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd