• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketupat Palas Mak Cik Nab Popular Hingga Ke Saudi

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Ketupat palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisional yang mudah didapati pada kebiasaanya di bulan Ramadan dan Syawal, khususnya di Terengganu.

Sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati.

Bagi Zainab Awang, 61, pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatkan daun palas bagi menghasilkan juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangkan ia punca pencariannya sekeluarga sejak 18 tahun lalu.

Katanya beliau mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilkan ketupat kegemaran ramai itu.

“Mak cik pada mulanya memang tak pandai buat ketupat ni…suatu hari mak cik cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tak pandai buat.

“Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik,” katanya kepada Bernama. Mula-mula tak ramai orang suka.

“Tetapi lama-kelamaan ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan hinggakan ada menempahnya untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada dibawa ke Arab Saudi,” katanya.

Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari.

Untuk bulan puasa ini katanya, seawal pagi selepas waktu sahur beliau dan anaknya, Noraida Ismail, 41, akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilkan sehingga 375 biji ketupat.

“Petua mak cik, santan itu sebelum di’arong’ (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi,” katanya.

Menyedari persaingan pembuat ketupat palas lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal jual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan.

“Mak cik tak ambil untung lebih pun…boleh makan anak-beranak pun dah syukur sangat…sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketupat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hebat Ketupat Lahir Sejak 1,300 Tahun Dahulu

15/06/2018
0

TAHUKAH anda, makanan tradisional Melayu bernama ketupat, suatu hidangan yang dianggap begitu purba apabila dikatakan sudah tersurat dalam catitan sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd