• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Tahun Kena ‘Gam’, Arja Mahu Pembaharuan

oleh
27/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIAM tak diam rupa-rupanya sudah empat tahun nama pelakon Arja Lee disenarai hitam oleh sebuah pihak stesen televisyen swasta.

Disebabkan itu, selama empat tahun, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli atau Arja lee tidak mendapat sebarang tawaran lakonan daripada stesen televisyen terbabit.

“Bukannya tiada tawaran berlakon drama tetapi setiap kali nama saya dicadangkan produksi, pihak pengurusan stesen TV itu akan menggugurkan nama saya dari senarai pelakon.

“Memang ada sejarah hitam yang berlaku membabitkan saya dengan pihak stesen TV itu dulu tetapi saya sudah pun merayu memohon maaf kepada pihak mereka sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sekitar tahun lalu, Arja pernah berkongsi luahan perasaannya menerusi laman sosial Twitter dan Facebooknya akibat kekecewaan yang tersimpan akibat perkara tersebut.

Bagi Arja, dia berasa perkara itu perlu diselesaikan dengan segera kerana pengurusan stesen televisyen berkenaan sepatutnya bersikap profesional.

“Saya baru kali pertama keluar mengundi dan jika kerajaan yang memerintah boleh bertukar selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU) kenapa pengurusan stesen TV tidak bertukar kepada yang baru dan lebih profesional?

“Saya juga hilang dari industri lakonan ketika nama dikenali ramai kerana nama disenarai hitam pihak stesen TV terbabit,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama , pelakon filem Anu … Dalam Botol itu juga dikatakan pernah bertanyakan kepada pengurusan stesen televisyen tersebut berkaitan hal itu tetapi dia hanya mendapat jawapan kononnya tiada watak yang sesuai buatnya.

Oleh itu, pelakon berusia 34 tahun itu berasa agak terkilan kerana dia tidak mampu untuk mengembangkan bakatnya walaupun hakikatnya dia berasa rindu untuk beraksi di hadapan lensa kamera.

Saat ramai rakan seperjuangan mengembangkan bakat ke luar negara, Arja mengakui bahawa dia perlu berfikir lebih panjang kerana bukan mudah baginya untuk menempa nama di industri yang lebih besar.

“Saya akui pernah merajuk dengan bidang seni tanah air dan ingin membawa diri ke luar negara tetapi saya terpaksa memikirkan ayah yang sudah tua dan berusia 75 tahun.

“Apapun, saya bersyukur kerana ada rezeki lain dalam bidang seni.

“Saya percaya bila Allah S.W.T tarik rezeki dalam bidang lakonan, dia berikan saya rezeki dalam cabang seni lain seperti nyanyian dan pengacaraan pula,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Arja kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam jurusan Teater Psikologi bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Arja LeeNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd