• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Harap Pemilihan UMNO Kali Ini Bersih

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap pemilihan parti itu pada semua peringkat kali ini bersih daripada sebarang amalan politik wang dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Beliau berkata pemilihan kali ini harus menjadi platform kepada akar umbi untuk memberikan mandat baharu buat barisan kepimpinan yang difikirkan mempunyai visi dan kemampuan untuk menerajui serta memulihkan imej parti dalam mendepani cabaran yang mendatang.

“Setiap anggota UMNO perlu menolak budaya negatif yang telah mencalarkan imej UMNO, termasuklah budaya politik ‘warlord’, sifat angkuh, amalan politik wang dan retorik perkauman yang melampau. Kita tidak boleh terus bersikap jumud dan memandang remeh perkara-perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mencipta sejarah dan rakyat Malaysia sudah memberikan isyarat cukup jelas bahawa soal integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik adalah penting dalam memacu Malaysia mendepani cabaran dalam serta luar negara.

“Kekalahan ini membawa hikmah tersendiri kepada UMNO apabila ia membuka ruang untuk kita melaksanakan pembaharuan dalam parti. Agenda rejuvenasi UMNO menjadi lebih penting pada saat yang mencabar ini.

“UMNO perlu berubah dan rakyat tidak akan menunggu kita. Oleh itu, pemimpin-pemimpin UMNO pada setiap peringkat perlu bermuhasabah dan berani untuk melakukan perubahan radikal bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pemilihan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Calon Sah Tanding Ketua Pemuda UMNO

Empat Calon Sah Tanding Ketua Pemuda UMNO

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat calon sudah mengesahkan pencalonan masing-masing bagi merebut jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan...

Tiada Pemilihan Pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Tiada Pemilihan Pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

24/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd