• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Usir Keluar Dua Diplomat Kanan Venezuela

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA Syarikat (AS) mengarahkan dua diplomat kanan Venezuela untuk meninggalkan negara itu dalam masa 48 jam, sebahagian daripada tindak balas terhadap Caracas yang mengusir dua diplomat AS baru-baru ini, kata Jabatan Negara.

“Tindakan ini adalah untuk membalas keputusan rejim Maduro mengisytiharkan Caj d’Affaires dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Caracas sebagai personae non grata,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Caj d’Affaires kedutaan Venezuela dan Timbalan Konsul Jeneral konsulat Venezuela di Houston juga diisytiharkan sebagai personae non grata dan diarah meninggalkan AS dalam tempoh dua hari, katanya.

Langkah Venezuela mengusir diplomat AS awal minggu ini berikutan sekatan tambahan AS susulan pemilihan semula kontroversi presiden Nicolas Maduro.

Maduro mengumumkan pengusiran itu selepas secara rasmi diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya Ahad lalu di negara Amerika Selatan yang dilanda krisis ekonomi teruk. Ia turut berdepan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat.

Undian itu diboikot parti pembangkang utama dan dikecam meluas komuniti antarabangsa, termasuk AS, yang menyifatkannya sebagai satu penipuan. – myMetro Online

Tags: ASdiusir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

08/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan, Cate Dillon menyertai upacara meletakkan...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd