• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Watak Jahat, Eina Takut Penonton Benci

oleh
24/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAMA menyepi selepas melahirkan anak kembar yang comel, pelakon Datin Paduka Eina Azman kini kembali membawa watak antagonis selepas ‘berehat’ selama empat tahun daripada membawa watak berkenaan.

Bagi Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, dia akui bahawa berasa sedikit berdebar bagi menghidupkan karakter wanita jahat dalam drama Rahsia Hati Perempuan.

Janji perempuan boleh percaya ke! #rahsiahatiperempuan mlm ni Jgn lupa! Tengok ok! mlm ni 10pm di Astro RIA n RiaHD! Jgn lupa guys! Luv u all! @mfmirafilzah @uqashasenrose2 @hisyamhamid7 @fikryibrahim @kak_ogy @makwanlatah @eina_azman @amirnafis @elmymoin_ Lydiawatie @aktorzulkifli

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on May 23, 2018 at 10:17pm PDT

“Sebelum ini, saya ada menerima tawaran berlakon drama. Namun, saya menolak kerana sudah lama berehat. Saya juga tidak mahu tampak kekok dan mengganggu produksi.

“Cuma apabila tawaran baru ini tiba, saya mendapat karektor berbeza. Saya menjadi memegang watak wanita yang mahu kembali kepada bekas kekasih dan mencuba pelbagai cara untuk menambat hati si jejaka,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Tambahnya, peluang yang diambilnya itu kemungkinan dianggap sebagai pembuka jalan buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk kembali aktif semula dalam bidang lakonan.

Dalam masa yang sama, ibu muda berusia 23 tahun itu juga berasa sedikit gementar untuk menantikan reaksi penonton dan turut berharap agar tiada yang membencinya kerana watak berkenaan.

Malah, Eina turut memberitahu bahawa dia sudah lakukan yang terbaik bagi menghidupkan watak tersebut serta berharap akan membuatkan penonton berapa puas hati.

Bagaimanapun, sebelum ini, Eina pernah dikecam oleh penonton selepas lakonanya dalam drama Selamat Pengantin Madu yang menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Fasha Sandha membuatkan penonton membenci dirinya.

“Saya terbuka hati menerima tawaran berlakon kerana anak-anak sudah besar, jadi tidaklah ralat meninggalkan mereka. Bukan apa, tidak tenang bekerja memikirkan anak-anak masih kecil di rumah.

“Suami izinkan saya kembali aktif kerana tahu lakonan sudah menjadi minat saya. Cuma, saya harus bijak membahagikan masa sebagai isteri dan ibu,” ujarnya lagi.

Eina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Paduka Kaiser Abdullah pada tahun 2004 lalu dan dikurnaikan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Drama Rahsia Hati Perempuan merupakan karya dibawah arahan Michael Ang serta dibarisi oleh pelakon antaranya ialah Mira Filzah, Uqasha Senrose, Ogy Ahamd Daud, Fikry Ibrahim, Hisham Hamid dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: DATIN PADUKA EINA AZMANNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd