• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembubaran Umpama Hukuman Kepada Rakyat

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIT Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju tindakan kerajaan memansuhkan Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Mereka mendakwa pembubaran empat agensi berkenaan adalah tidak wajar sama sekali.

Menerusi satu kenyataan, unit itu berkata keputusan dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu umpama hukuman kepada rakyat.

“Keputusan itu tidak wajar sama sekali. Keputusan diambil pada mesyuarat pertama Kabinet PH pada 23 Mei itu lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat, khasnya JKKKP yang selama ini memayungi mereka sebagai institusi menguruskan segala masalah setempat.

“Dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

“SPAD, misalnya, ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Menurutnya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua kakitangan agensi terbabit, tetapi pada waktu sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody’s (sebuah agensi perkhidmatan pelaburan dan ekonomi) akan membabitkan pampasan terlalu tinggi.

“JKKKP yang sudah wujud di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada era 1980-an banyak menabur bakti kepada masyarakat.

“Begitu juga dengan JASA. Kenapa baru sekarang Dr. Mahathir menyedari ‘kesilapan dan kelemahannya’, jika ada?” soalnya.

Menurutnya, pihaknya kesal kerana ia berlaku di saat pekerja di agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri dan mereka ‘dihadiahkan’ dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka.

“Kami merasakan wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain dalam kerajaan dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata.

“Ingatlah, kita berkhidmat untuk rakyat. Rakyat sudah memilih PH sebagai wakil kepada suara mereka. Jika inilah balasannya, tidak salah untuk mengatakan kerajaan yang ada ditegakkan kerana dendam dan bukannya sebagai pelindung mereka.

“Kerajaan PH sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan seluruh rakyat, bukannya menayangkan kuasa secara membuat keputusan tidak rasional,” ulasnya. – myMetro Online

<

Tags: Agensi Kerajaanhukuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

Negara Dijangka Berdepan Cuaca Ekstrem, Agensi K’jaan Siap Siaga – TPM

14/05/2024
0

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil...

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

02/02/2024
0

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd