• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSG Jemput 3 Pemain Muda Negara Beraksi Di Rome

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menerima jemputan untuk beraksi dalam kejohanan Bawah 13 tahun di Rome, Itali bersama kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG), bulan depan.

Tiga pemain bertuah itu adalah Hazriq Haqqim Mohd Izham, Rohisham Haiqal Hashim dan Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon, masing-masing berusia 13 tahun.

Perkara itu diumumkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi InstaStory beliau.

Khairy memuat naik surat jemputan daripada PSG terhadap tiga pemain muda itu.

Berdasarkan surat itu, ketiga-tiga mereka akan beraksi bersama pasukan B-13 tahun PSG dalam kejohanan di Rome pada 21 hingga 24 Jun depan.

Menerusi surat itu juga, Pengarah Akademi PSG, Jean-Francois PIEN berkata kos penerbangan ketiga-tiga pemain itu akan ditanggung oleh PPBN.

“Teruja untuk menunggu persetujuan daripada anda,” demikian menurut surat jemputan yang ditulis Francois PIEN.

Pada masa sama, Khairy turut meluahkan rasa bangga di atas berita gembira itu.

“3 pemain @nfdpmalaysia dijemput untuk beraksi bersama PSG. Amat bangga dengan mereka!” katanya. – mStar Online

Tags: pemain bolaPSG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd