• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 2 Tahun Pastikan MB, Exco Kerja Keras

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Langkah meletakkan tempoh dua tahun lantikan jawatan Menteri Besar Pahang dan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini adalah sebagai motivasi untuk memastikan pihak yang dilantik bekerja dengan lebih baik.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam tempoh berkenaan, baginda akan meneliti prestasi mereka sebelum mengkaji semula tahap perkhidmatan yang telah diberikan untuk rakyat Pahang dan pembangunan negeri ini.

“Antaranya saya tidak mahu mereka berada dalam dalam keadaan selesa, lena dan leka, saya nak mereka bekerja keras… kalau tidak berpuas hati, kita akan semak semula.

“Harapan memanglah supaya mereka dapat laksanakan tugas dengan terbaik dan paling utama kita dapat satukan kembali semua rakyat dan selesai masalah yang dihadapi sebelum ini selain cuba menambah baik apa yang telah dirancang oleh menteri besar terdahulu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas perasmian Masjid Al Huda, Kampung Raja dan majlis berbuka puasa bersama penduduk Cameron Highlands di sini petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail.

Pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah yang diadakan pada Selasa lalu, Wan Rosdy dilantik menjadi Menteri Besar Pahang selama dua tahun bersama-sama lapan orang Exco.

Dalam masa yang sama, baginda turut berharap gandingan muka lama dan baharu dalam barisan Exco Pahang mampu bekerja sebagai satu pasukan dan membentuk gandingan yang mantap untuk memajukan negeri ini.

“Lantikan ini bukan sesuatu yang istimewa, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah Allah,” tegas baginda.

Dalam masa yang sama, mengulas tentang cadangan kerajaan negeri untuk menambah dua lagi Exco baharu, Tengku Abdullah bertitah baginda tidak mempunyai halangan dan menyerahkan kepada Wan Rosdy untuk mengemukakan cadangan. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah Sultan Ahmad ShahWan Rosdy Wan Ramly
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

12/01/2019
0

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda...

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

11/01/2019
0

DEBARAN... "Sama-sama," demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan 'Tahniah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd