• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Mohon Kesan Waris Enam Kanak-Kanak

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris enam kanak-kanak, sekali gus membantu proses penempatan semula mereka.

JKM dalam kenyataan berkata, mahkamah akan membuat keputusan penempatan semula kanak-kanak berkenaan berdasarkan peruntukan Seksyen 15 (3), Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi kes pertama, waris kepada empat adik-beradik iaitu Siti Hajar, 6, Siti Fatimah, 8, Siti Hawa, 10, dan Siti Khadijah, 12, yang kematian ibu mereka, Salina Azmi pada 10 November 2016 diminta tampil.

Kanak-kanak berkenaan diserahkan seorang individu yang mengaku sebagai adik-beradik tiri kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Baitun Nurrawdhah, Haffipah Ismail pada awal Januari tahun lalu.

Siti Hawa (kiri) dan Siti Khadijah.

Menurut kenyataan itu lagi, kes seterusnya membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang diserahkan bapa kandung warga India kepada sepasang suami isteri, Jumsiyah Wari dan Abd Ghani Abd Malik.

“Maklumat awal diterima, kanak-kanak terbabit, Siti Noor Jooaliya diserahkan bapanya, Munish Kumar Choudary selepas ibu kandungnya yang dikenali sebagai Sukesi, warga Indonesia melarikan diri.

“Jumsiyah dan Abd Ghani menjaga Siti Noor Jooaliya sejak kanak-kanak itu berusia setahun,” katanya.

Siti Noor Jooaliya

Bagi kes ketiga, JKM kini sedang mengesan waris Wan Su Yin berusia tiga tahun yang diserahkan ibu kandungnya, Wan Yee Lai kepada ibu angkat, Kiew Siew Ching ketika usianya baru sebulan.

“Kami difahamkan ibu kandung meminta keluarga angkat menjaga kanak-kanak ini tetapi sehingga kini wanita itu tidak tampil untuk mengambil semula anaknya.

Wan Su Yin

“Sehubungan itu, JKM mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu mahupun waris enam kanak-kanak ini agar tampil segera,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Unit Kanak-Kanak JKM Kuala Lumpur di talian 03-26124123 atau pelindung kes, Noor Nashira Adawiyah Mohtar (03-2612 4000). – myMetro Online 

Tags: JKMkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd