• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Diberi Seminggu Untuk Letak Jawatan Dalam SPAD

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad diberi masa seminggu untuk meletak jawatan secara baik atau akan diberi surat penamatan kontrak susulan pengumuman pembubaran SPAD hari ini.

“Memalukan sesiapa itu bukanlah cara saya…jadi saya minta Isa letak jawatan,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada kepada pemberita selepas mesyuarat pascakabinet kementeriannya, di sini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet hari ini mengumumkan pembubaran SPAD dan peranannya akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Mengulas pembubaran itu, Loke berkata ia satu keputusan yang logik dan sepatutnya dibuat dari dulu.

“Memandangkan SPAD tertakluk di bawah Akta SPAD maka undang-undang tersebut perlu dimansuhkan di Parlimen. Sementara undang-undang belum dimansuhkan SPAD di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan SPAD esok bagi meneliti cara suruhanjaya itu boleh diintegrasikan ke dalam kementeriannya termasuk dari segi petugas dan penstrukturan.

Sementara itu, Loke turut meminta pengerusi dan semua lantikan politik dalam pihak berkuasa pelabuhan iaitu Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Lembaga Pelabuhan Johor meletak jawatan.

“Mereka tahu siapa mereka. Tidak perlu saya namakan seorang demi seorang. Bukan cara saya untuk memalukan orang,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPADTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd