• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utamakan Kebajikan Anggota SPAD Selepas Dibubar

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi jaminan mengenai kebajikan anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya tidak menimbulkan kebimbangan setelah suruhanjaya itu dibubarkan.

Bekas pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perkara itu perlu dibincangkan segera antara Kementerian Pengangkutan dan SPAD mengenai proses yang akan dilaksanakan itu.

“Keputusan pembubaran mana-mana agensi kerajaan adalah hak mutlak kerajaan dan tidak boleh dipertikaikan, namun adalah penting kerajaan memberi penjelasan terperinci mengenai kedudukan anggota SPAD.

“Ini bagi mengelak kekhuatiran dalam kalangan anggota SPAD mengenai nasib mereka, sama ada ditempatkan di tempat baharu atau diberhentikan kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Syed Hamid juga meminta kerajaan untuk memperhalusi skop tugas baharu yang diwujudkan ketika penubuhan SPAD, tapi kini akan dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan.

Dalam pada itu, pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Isa Samad berkata beliau akur dengan keputusan itu dan percaya kerajaan sudah menimbangkannya dari pelbagai aspek sebelum membuat keputusan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mesyuarat kabinetnya yang pertama hari ini mengumumkan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan termasuk SPAD dibubarkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd